Kisah ini terjadi pada akhir tahun 1990an di sebuah kampung di Selangor. Kisah ini diceritakan semula oleh rakan penulis kepada penulis untuk dijadikan iktibar. Yusuf (bukan nama sebenar) dan Maryam (bukan nama sebenar) tinggal di sebuah kampung yang aman damai. Pada suatu hari Maryam telah mengajak Yusuf menemaninya ke Pekan untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan . Yusuf memang sangat memahami isterinya yang sangat rajin memasak, sementelah dia bersetuju untuk menghantar Maryam membeli barang dapur di pekan. Setelah penat membeli belah, mereka berdua pun pulang dengan membonceng motosikal ke rumah. Maryam sangat gembira kerana pada hari tersebut dia telah berjanji ingin memasak sedap untuk anak-anaknya. Tiba-tiba tanpa di duga motosikal mereka bergoyang dan beg tangan yang dipegang Maryam di sentap oleh peragut bermotosikal , berlaku tarik menarik dan pada masa itu Maryam jatuh ke tas jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Yusuf yang pada masa itu mengerang kesakitan. Jenazah Maryam telah disempurnakan oleh penduduk kampung dan ramai penduduk kampung yang mengucapkan takziah pada Yusuf. Pemergian Maryam sangat dirasai anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Setelah di sembahyangkan jenazah Maryam telah di bawa oleh van jenazah ke kubur untuk dikebumikan.

Komentar
Posting Komentar